top of page

PENGENALAN EKSA MPB

EKSA yang telah diperkenalkan mulai Januari 2014 adalah penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam merupakan salah satu inisiatif ke arah peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan kerajaan. Langkah penjenamaan semula ini sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa yang sentiasa menekankan peningkatan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan jabatan/agensi sektor awam.

​

Komponen utama dalam pelaksanaan EKSA adalah berteraskan Amalan 5S (Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) dan ditambah baik dengan penambahan beberapa elemen-elemen baharu iaitu:

​

  • Imej Korporat;

  • Kreativiti dan Inovasi;

  • Amalan Hijau;

  • Persekitaran Kondusif; dan

  • Kepelbagaian Agensi

VISI EKSA MPB

" Ke arah persekitaran yang KONDUSIF & BERKUALITI "

MISI EKSA MPB

Mewujudkan budaya kreativiti dan inovasi dikalangan warga Majlis Perbandaran Bentong melalui PEMBUDAYAAN EKSA

DASAR EKSA MPB

Ke arah mewujudkan kecemerlangan organisasi melalui perkhidmatan persekitaran yang BERSIH, SELAMAT dan SELESA kepada pelanggan

OBJEKTIF EKSA MPB

•Memastikan Suasana Dan Persekitaran Kerja Bersih, Selesa Dan  

  Selamat serta menerapkan elemen-elemen ‘low karbon city’.

 

• Membudayakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam Di Semua

  Jabatan / Bahagian Pada Setiap Masa

 

• Meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Dan Motivasi Kepada Warga

  MPB Dengan Mewujudkan Sikap “ Sense Of Belonging”

 

• Membentuk Displin Dan Kerjasama Berpasukan Melalui

  Penglibatan Semua Warga MPB Bagi Merealisasikan konsep dan elemen EKSA

 

Meningkatkan Kualiti Kerja Secara Berperingkat Dan Berterusan   

  Demi Memenuhi Kehendak Dan Kepuasan Pelanggan MPB

logo eksa2.png
bottom of page